The more you give <br>The more you get

Selasa, 2 Februari 2010

Insan biasa bertindak secara luar biasa menghasilkan pendapatan luar biasa

Jika kita membaca atau mengenali mana mana insan berjaya secara luar biasa adalah insan biasa biasa. Malah ada yang dari kalangan buta huruf atau pun dari kalangan orang yang susah. Ada yang mulakan perniagaan dengan berjalan kaki tanpa sebarang kenderaan, ada yang tiada modal untuk berniaga malah ada yang lansung tiada satu sen pun untuk makanan. Tetapi kini mereka adalah Millionaire, Multi-millionaire atau pun Billionaire.

Mereka bertindak secara luar biasa, tindakan mereka malampaui fikiran orang biasa biasa yang bertindak secara biasa biasa. Ramai diantara kita bermatlamat besar dan mempunyai segala ciri ciri orang berjaya tetapi tidak bertindak secara luar biasa menyebabkan mereka masih lagi orang orang biasa. Istilah "work smart" adalah cara mereka menghalalkan tindakan mereka yang biasa biasa. Tetapi ramai yang berjaya melaungkan "Work hard, work hard, work hard then work smart"

Bertindalah secara luar biasa untuk mendapatkan hasil yang luar biasa.

Jumaat, 29 Januari 2010

Kuasa Pilihan

Hari berganti hari, Januari 2010 telah sampai ke penghujung. Bagaimanakah pencapaian 2010 setakat ini? Saya ingin menceritakan tentang "Kuasa Pilihan" ... Mari kita sama-sama perhatikan betul-betul dengan mata hati kita, semua orang yang berjaya itu samaada millionair, mutil-millionair ataupun billionair adalah berasal dari orang biasa-biasa seperti kita semua, Persoalannya "kenapa mereka berjaya? kenapa tidak kita" Paling asas adalah kerana itu pilihan mereka dan kita membuat pilihan berbeza.

Sama-samalah kita renungkan. Asas kejayaan yang kita selalu dengar dari mereka yang berjaya - 1. Usaha, 2. Rajin, 3. Fokus, 4. Pengorbanan, 5. Yakin, 6. Ilmu, 7. Modal, 8. Disiplin, 9. Doa, 10. Tawakal. Mari kita halusi tips tersebut.

Usaha - Adakah mereka yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan tidak berusaha? Saya yakin dan pasti mereka ini berusaha dengan gigih untuk mendapat pendapatan mereka. Berusaha menyiapkan tugasan harian dan mencapai target-target yang telah ditetapkan oleh majikan mereka, malah ada yang bekerja lebih masa tanpa imbuhan kerja lebih masa.

Rajin - Siapa yang tidak rajin, bangun diawal subuh, keluar rumah awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, bekerja 9pagi hingga 5 petang, sambung overtime lagi. Ada yang bekerja 7 pagi hingga 7 petang, Hari Sabtu dan Ahad pun ada yang bekerja, bukankah semua ini tanda-tanda orang yang rajin.

Focus - Semua orang focus dengan kerjaya mereka. Mereka bekerja selama 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun atau lebih lagi di satu tempat samada di Jabatan Kerajaan mahupun di Sektor Swasta. Malah mereka menjalankan tugasan yang sama selama mana mereka bekerja. Bukankah ini focus namanya.

Pengorbanan - Meninggalkan anak-anak di bawah jagaan pembantu rumah atau pusat asuhan kanak-kanak. Malah ada yang tinggalkan anak mereka di kampung. Meninggalkan keselesaan rumah dan sanggup mengharungi kesesakan jalan raya. Kerja out station dengan meninggalkan keluarga berjauhan. Semua ini adalah satu pengorbanan yang besar.

Yakin - Pasti mereka yakin dengan apa yang mereka usahakan, menjanjikan pendapatan berterusan.

Ilmu - Ilmu adalah perkara asas yang semua kerjaya perlu, sekurang-kurangnya dalam bidang masing-masing. Mereka yang berpendapatan kurang dari RM5,000 pasti ada ilmu untuk kerjaya mereka.

Modal - Modal masa, modal tenaga dan wang ringgit sekurang-kurang nya untuk ke tempat kerja pastinya diperlukan.

Disiplin - Disiplin kerja adalah satu perkara yang pastinya diperlukan oleh semua yang berkerjaya.

Doa dan Tawakal juga adalah satu rutin harian setiap insan.

Semua orang yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan memiliki ciri-ciri 1. Usaha, 2. Rajin, 3. Fokus, 4. Pengorbanan, 5. Yakin, 6. Ilmu, 7. Modal, 8. Disiplin, 9. Doa, dan 10. Tawakal, sama seperti mereka yang berpendapatan melebih RM100,000 sebulan. Persoalannya kenapa ada yang berpendapatan kurang dari RM5,000 dan ada melebihi RM100,000 sebulan? Tidak lain dan tidak salah lagi adalah PILIHAN kita sendiri. PILIHAN untuk melalui perjalan mencapai pendapatan kurang dari RM5,000 sebulan dan PILIHAN untuk melalui perjalan kearah pendapatan melibihi RM100,000 sebulan.

Kuasa PILIHAN ada ditangan kita, kita yang menentukannya. Apa yang kita perolehi hari ini adalah hasil PILIHAN kita yang lalu. Penentu hari esok adalah PILIHAN kita hari ini.

Isnin, 4 Januari 2010

“The problem in my life and other people’s lives is not the absence of knowing what to do, but the absence of doing it” - Peter Drucker

Hari ini adalah isnin pertama 2010. Ramai telah menetapkan pelbagai matlamat, tapi tanpa kita sedar 4 hari telah berlalu dan kita masih lagi belum bertindak. Jangan bertangguh lagi jom kita bertindak sekarang. Seperti kata Peter Drucker, "Bukan kita tak tahu apa nak buat, tapi kita tidak bertindak".

Apa sahaja matlamat anda, jom kita bertindak sekarang. Bagi diri saya sendiri, saya telahpun bermula awal hari ini dan tidak akan bertangguh. Just do it. Tahun ini adalah tahun terbaik saya.

Ahad, 3 Januari 2010

"When you move beyond your fear, You feel free" - Dr Spencer Johnson

Saya beli buku "Who Moved My Cheese?" oleh Dr Spencer Johnson pada tahun 2000. Pada masa itu saya masih makan gaji dengan sebuah firma IT di Bangsar Kuala Lumpur sebagai pengurus. Selepas membaca buku ini lebih dari sepuluh kali, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan saya sendiri. Hasil pencarian tersebut saya telah megubah bidang kerjaya saya dari industri IT kepada industri MLM dan akhirnya pada 1 jan 2001 saya melibatkan diri dalam MLM secara sepenuh masa.

Buku "Who Moved My Cheese?" telah membantu saya melihat perubahan secara positif. Dunia sentiasa berubah, kita kena mengikuti arus perubahan ini berlandaskan prinsip Islam itu sendiri. Berhijrahlah mengikut kemampuan dan situasi anda. Semalam saya membaca buku ini sekali lagi. Saya sendiri akan berubah, mengubah cara tindakan saya. Semoga kita sama-sama mengecapi kejayaan yang kita impikan.

Marilah kita sama-sama bergerak mengikut perubahan. seperti kata Dr Spencer dalam buku itu "Move with the cheese and Enjoy it" (Bergerak dengan perubahan dan bergembira denganya)

Jumaat, 1 Januari 2010

Happy New Year 2010

Selamat menyambut tahun 2010, saya mendoakan agar tahun 2010 adalah lebih hebat dari 2009. Jom kita sama-sama menetapkan matlamat kita dan terus bertindak untuk menjayakan matlamat kita. Saya mencadangkan anda membaca buku "Best Year Yet" ditulis oleh Jinny Ditzler. Buku ini dapat membantu anda menetapkan matlamat dan bertindak untuk menjayakan matlamat anda. Jangan biarkan tahun berlalu pergi tanpa tanpa sebarang matlamat. Tak kira siapa anda - surirumah, suami, pelajar, bekerja, usahawan, ahli sukan, ahli politik, anda memerlukan matlamat.

Semoga tahun 2010 menjadi titik tolak kejayaan dalam hidup anda.